BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

CERITA ..........

Assalamualaikum........, kejadian yang tak pernah di duga, pada 30/4/2010 apabila saya pulang dari membeli barangan untuk persiapan berniaga esok saya di kejutkan dengan kemalangan yang berlaku pada anak saya, bila saya sampai je kat rumah isteri saya melambai dan menjerit, cepat,cepat,cepat....anak patah paha, saya pun meluru masuk kedalam rumah dan mendapati memang anak saya yang berumur 2 th 11 bulan tu patah tulang pahanya, saya cuba mententeramkan keadaan dan cuba bawa bertenang, dalam keadaan anak saya macam tu saya tak boleh angkatnya begitu, saya cuba fikir macam mana nak angkat dia, apabila dah dapat idea saya mengangkatnya dengan menggunakan papan plastik dengan pertolongan jiran atas rumah saya, saya mengangkat anak saya masuk ke kereta terus dibawa ke hospital Serdang untuk rawatan lanjut. Bila saya sampai ke hospital anak saya dibawa ke bilik kuning, beberapa orang doktor berjumpa saya untuk mengatahui punca kejadian, bila di ceritakan apa yang berlaku doktor membawa anak saya ke bilik x-ray dan mendapati memang tulang di bahagian paha sebelah kirinya patah, anak saya dibawa semula ke bilik kuning dan setelah hampir 1 jam menunggu barulah doktor membalut pergelangan yang patah dan tali diikat pada tapak kaki untuk menarik kaki dengan menggunakan besi berat, selepas itu anak saya dihantar ke wad.bersambung....