Cerita hidup ku ini aku luahkan pada hari ini, ini adalah cerita perjalanan hidup ku dari kecil sehinggalah sekarang aku dewasa. Semasa aku berumur 5 th aku tinggal bersama ke dua ibu bapa ku bersama kakak ku di Kg Kubang bembang berada di daerah Pasir Mas, seingat aku semasa aku berada di sana emak dan ayah ku sering bergaduh, pada waktu itu mungkin aku tidak mengerti apakah perkara yang menyebabkan pergaduhan itu berlaku, ayah ku meyewa rumah berkenaan, selepas peristiwa itu aku masih ingat aku di bawa oleh ayah ku tinggal di sebuah pondok agama, ayah ku menyewa rumah di sana masa tu umur ku dalam lingkungan 5 th lg, apa yang aku ingat aku sekarang tinggal bersama emak tiri ku, aku ok je mak tiri aku pun ok, x dera aku pun. Tak lama aku dok kat sana aku dihantar oleh ayah ku tinggal bersama Arwah nenek di kg Kubang Panjang Pasir Mas, Arwah lah yang telah menjaga dan mengasuh aku, memberi makan pada aku sehinggalah aku meningkat remaja. Dalam perjalanan hidup ku dari kanak2 sehingga remaja aku tidak pernah mendapat kasih sayang dari kedua ibu bapa ku, Arwah nenek ku pun kasih sayangnya agak lebih pada sepupuku yang juga tinggal bersama, sepupuku ada 2 beradik keduanya lelaki lebih kurang sebaya dengan ku, sekarang baru ku tahu memang patut pun Arwah nenek ku memberikan lebih kasih sayangnya pada keduasepupuku kerana sepupuku adalah anak yatim yang kematian bapa nya, yang aku tahu bapanya juga ada meninggalkan wang, mungkin wang insyuran nyawa, wang itu lah Nenek ku gunakan untuk pembiayaan persekolahan sepupu ku, yang aku pula harapkan duit dari mana entah, ayah aku bagi ke tak pada nenek aku pun tak tahu, arwah tak pernah bagi tahu yang ayah aku bagi duit untuk kesekolah, munkin ini lah punca Arwah bagi duit sekolah ku 20sen dan untuk sepupu ku 50 seorang, masa teru berlalu aku membesar dan aku bersyukur kerana aku dapat membesar dengan sempurna walau pun masa tu aku selalu mengharapkan ibu atau ayah ku yang menjaga ku semula.Aku pergi sekolah jalan kaki dari rumah kira-kira 3km itu pun lalu ikut kebun getah jalan pintas ke sekolah masa tu, Aku masih ingat lagi masa tu aku rindu sangat nak jumpa mak aku, aku dan kakak jalan kaki dari kg kubang panjang ke kg kubang bembang lebih kurang 10km ikut jalan kg, masa tu mak aku tinggal di sana, dan masa tu jugalah aku berkenalan dengan bakal suami emak ku, masa tu aku tak tahu ape2 pun orang suruh aku salam salam je lah, semasa aku berusia 14th ayah aku mula mengambil aku untuk tinggal bersamanya di rumah ayah aku sendiri bersebelahan dengan rumah arwah nenek ku, sehinggalah aku berusia 17th. SPM aku kira ok lah juga dapat pangkat 2, aku nekat mahu merantau ke KL berkerja di sana, 3 hr setelah habis SPM aku terus ke KL tinggal bersama emak saudara ku di KL dan berkerja di MD di Tmn Melawati, tak sampai sebulan pun gaji tak sempat ambil pun aku balik semula ke kg, dalam 1minggu berada di kg aku mula datang semula ke KL bersama 3 orang kawan berkerja di Cheras pandan perdana, sebagai pengawal keselamatan, sebulan je aku kerja kat sana pas tu aku pindah dok umah emak ku di Puchong masa tu th 1998 dan berkerja di kilang besi di kawasan perindustrian maju jaya, tu pun sebulan je. Selepas tu aku berkerja di Kilang di Shah Alam iaitu di Kilang shen-etsu Malaysia sek 28, lama gak aku kerja kat sana 6th, di situ lah aku kenal isteri aku sekarang ni, kami bercinta dan berkhawin pada 22 Feb 2002, masa tu aku dah pakai kereta kancil, baru beli, no platnya WHK379, aku dapat cahaya mata pertama pada 4 Dis2002, pada th 2004 aku dah berhenti kerja dan mulakan perniagaan secara kecil-kecilan, aku ingat kan niaga ni senang, susah jugak ek...banyak dugaan, aku ni seorang yang penyabar la jugak, dapat harungi dugaan yang mendatang. pada mula kerjaya aku, aku hanya berniaga di Pasar malam, pas tu aku niaga nasi lemak tepi jalan, pas tu aku niaga di kilang dapat tender dan sekarang aku berniaga di kiosk MPSJ. Anak ku yang kedua lahir pada 22 May 2007 dan anak ku yang ke 3 pada 9 Mac 2008 (selepas pengumuman keputusan pilihan raya umum).bersambung.......
Sabtu, 22 Mei 2010
KISAH HIDUP KU
Dicatat oleh Niman di 9:55 PG
Label: Ya Allah jadikanlah kami hamba mu yang ber iman. Amin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan